S E K U T U K U

Wednesday, May 25, 2011

Main Masak-Masak: Suhoon Goreng


Sy suke makan suhoon...suke sangat2..so sy try buat sendiri resepi nie..x rujuk mana2 buku resepi..kira xpriment la nie..alhamdulilah jadi jugak...risau jugak mase memula nk wat takot x jadi..guna base macam nk wat bihun goreng jer..sangat mudah..rasa manis dari udang..crunchy dri cendawan..mmg sedap..j0m layan resepi:-

Suhoon Goreng
Purata untuk 2 @ 3 orang makan


Bahan-Bahan:
2 paket suhoon 90gm
10 ekor udang (dibuang kulit + kepala)
2 biji cili merah (dipotong serong + halus)
2 ulas bawang merah (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
1 sawi bak choy (dipotong)
Sedikit cendawan tiram (dicarik-carik)
Sedikit bunga kubis (potong kecil)
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili boh
1 gelas air
Sedikit minyak
Sedikit gula & garam

Cara-Cara:
1. Rebus cendawan dan bunga kubis hingga lembut. Toskan.
2. Rendam suhoon dalam air sejuk.
3. Panaskan minyak. Goreng udang sekejap kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
4. Masukkan cili boh, kicap, sos tiram dan sos tomato. Masakkan untuk seketika.
5. Masukkan suhoon.goreng hingga sebati. Masukkan cendawan, bunga kubis, cili merah dan sawi. Gaul sebati.
6. Masukkan air dan goreng hingga suhoon lembut.
7. Selepas siap boleh lah dihidangkan.


Siapa gila suhoon angkat tangan macam saya! Hehe


SELAMAT MENCUBA! ^_^

No comments:

Post a Comment