S E K U T U K U

Thursday, March 1, 2012

Maen Masak-Masak: Spaghetti Bolognese


haihai ^_^


Dah lama kita tak main masak-masak kan. Kali nie saya nak main masak-masak spaghetti. Dah jadi makanan kegemaran saya sekarang. Sedap sangat. Dengan rasa masam, manis, pedas. Suma cukup. Campur lagi dengan rasa daging cincang dan cendawan memang terangkat beb!. Nak lagi best tambah meatball. Syok habisss. hahaha


Saya masak nie dah lama dah. Sebab teringin sangat suruh adik sediakan bahan-bahan saya cuma perlu masak. Nak buat spaghetti nie mudah sangat. Main campak je semua dalam periuk. Yang penting sedap. 

  Nah saya tepek besar punya. Oh tetiba craving nak makan lagi!



Okeh jom tengok bahan-bahan yang saya guna. Simple sangat-sangat. Adik saya yang darjah 6 tu pon boleh buat. hahaha hiperbola melampau. 


BAHAN-BAHAN

1 botol sos spaghetti kimball
1 tin tomato puri
2 biji tomato dibuang kulit dan dipotong dadu *optional
1 batang lobak merah dipotong dadu *optional
1 batang saleri *optional
2 sudu lada cair *optinal
1/2 botol sos tomato
1/2 botol sos cili
1 tin cendawan
1/2 tin susu cair
1 paket daging cincang
1 paket meatball yang telah digoreng siap-siap
1 labu bawang holland
2 ulas bawang putih
1 paket spaghetti
Garam
Gula
Air
Minyak


CARA - CARA:
  1. masuk air dan garam untuk rebus spaghetti. Apabila mendidih masukkan spaghetti dan rebus mengikut cara yang terdapat pada plastik spaghetti. kemudian toskan.
  2. Dalam periuk besar, masukkan minyak untuk menumis bawang holland dan bawang putih. Masak hingga naik bau.
  3. Masukkan daging cincang yang telah dibasuh hingga hilang darah. Biarkan selama 2 minit.
  4. kemudian masukkan susu cair dan biar sehingga susu meresap dalam daging.
  5. Apabila sudah sedikit kering, masukkan lada cair dan masak untuk seketika.
  6. Masukkan sos tomato, sos cili, sos spaghetti, tomato puri, tomato yang dipotong dadu.
  7. Dengan menggunakan botol sos spaghetti tadi masukkan 4 botol air kedalam periuk.
  8. Kemudian masukkan saleri, lobak merah, cendawan dan meatball. 
  9. Renih sehingga kuah agak pekat. Dalam sejam hingga 2 jam. 
  10. Apabila kuah agak pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
  11. Sudah boleh dihidangkan. =)





Kali nie saya buat guna Angle hair. Tak guna spaghetti. Sebab angle hair nie lebih halus berbanding saiz spaghetti. Rasa pon tak cepat muak sangat. 

 Ini spaghetti *ihsan inche google
Ini pulak angle hair *ihsan inche google

1 comment:

  1. beeha n family pulak muak kalau angel hair..xsuka sgt..kena spagetti jugk br licin..

    haish..lapar pulak tetibe.. ^_^

    ReplyDelete