S E K U T U K U

Friday, May 11, 2012

A Gifts From A Friend

Views
Thanks Bell !

Monday, April 23, 2012

Hai, Kamu Yang Bermata Biru

Views


haihai ^_^


cantik!


Obviously mata orang melayu takkan ada yang warna biru kan. kalau ada pon warna hazel aje. Tapi siapa yang mata dia warna biru memang cantik. Kalau lelaki handsome lah kan. macam Ian Somerhalder. Pakwe baru saya. ahakz!




cair! <3


Handsome kan! Omaygadddddd kalau la dapat sorang macam nie memang tak pandang yang lain dah hahaha setia kat dia sorang jer. hahaha tapikan si Ian nie tengah kapel dengan Nina Dobrev. Sama berlakon dalam The Vampire Diaries. Sekarang TVD dah season ke-3. Siapa yang tak tengok lagi TVD sila tengok sekarang. Ini paksaan. Hahahaha


Comel-ness!


Ok nak ulang tengok TVD banyakbanyak kali sampai lebam!

Saturday, March 31, 2012

Movie Review: The Hunger Game

Views


haihai ^_^

Kali ini saya nak review filem The Hunger Game pulak. Setakat nie saya dah tengok banyak movie dekat SpaceU8 sana nuh. Mall nie baru jer bukak hujung tahun 2011. First entertaiment yang bukak MBO Cinema. First time saya tengok movie dekat sana cerita Ombak Rindu. huhuhu rasa macam dah lama SpaceU8 nie bukak sebab dah banyak movie saya tengok kat sana. Tapi tak banyak kedai yang bukak lagi. Setakat nie yang ada salon, bank islam, al-ikhsan, booth coolblog and booth hot and roll. So tak boleh nak set Space sebagai tempat shooping lagi. tempat tu siyes besar la jugak. 

see! besarkan. terima kasih inche Google.


okey baiklah. kembali kepada tajuk asal. nak review cerita The Hunger Game kannnn. For me, cerita nie not bad lah. best la jugak. yang menarik perhatian saya dalam cerita nie ialah pakaian orang-orang kaya. penuh warna warni! 

 perbezaan pakaian antara orang kaya dan miskin.




The Hunger Games berlaku dalam sebuah negara yang dikenali sebagai Panem selepas kemusnahan Amerika Utara oleh beberapa peristiwa dahsyat yang tidak diketahui. Panem terdiri daripada Capitol kaya dan 12 daerah miskin. .Daerah 12, di mana filem itu bermula, terletak di kawasan lombong arang batu yang sebelum ini dikenali sebagai Appalachia.
 
Sebagai hukuman bagi pemberontakan sebelum ini terhadap Capitol di mana sebuah daerah ke-13 telah dimusnahkan, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang berumur di antara 12 dan 18 dari setiap daerah yang dipilih oleh loteri tahunan untuk mengambil bahagian dalam The Hunger Games, acara di mana peserta mesti berjuang dalam arena luar yang dikawal oleh Capitol, sehingga hanya tinggal satu nyawa di isytihar sebagai pemenag. Katniss Everdeen, 16 tahun, seorang gadis dari Daerah 12 sukarela menggantikan tempat Primrose adiknya,. Juga dipilih dari Daerah 12 Peeta Mellark, seorang anak pembuat roti yang pernah memberikan roti apabila keluargan Everdeen kelaparan.




okey dah malas! saya ambik sinopsis tu kat wiki jer. hahahaha malas nak taip sebenarnya. hahaha


 katniss Everdeen - Jennifer Lawrence

 Peeta Mellark - Josh Hutcherson



Friday, March 30, 2012

Apabila Bosan Dalam Kelas Information System Management !

Views


haihai ^_^


Biasa kalau korang bosan dalam kelas masa lecturer tengah mengajar apa yang selalu korang buat? lebih-lebih lagi kalau lecturer yang mengajar tu subjek management. memang komfirm akan mengantuk terus teringat bantal busuk kat rumah sewa atau kolej kan. kadang-kadang sampai tersengguk-sengguk sebab mengantuk tahap gaban. hahaha


Tidur?

Ya. sangat obvious okey akan mengantuk kalau masuk kelas yang super duper membosankan macam kelas MANAGEMENT. akan secara automatik mata jadik berat aje. macam kena hempap dengan batu besar atas mata. tersengguk-sengguk. lecturer x sempat tanya soalan korang dah angguk kan.

 okey comel !


 tapi, dalam kes saya nie hampir seluruh kelas tak fokus dalam kelas bila subjek Information System Management. dah la kelas start pukul 5 - 8. memang azab sangat! 






buat soalan atas kertas kosong kemudian pas kat semua orang dalam kelas tu kecuali yang duduk row paling depan sekali. nanti kantoi pulak main pas-pas note. padahal lecturer dah nampak kiteorang duk main pas kertas tu. tapi dia buat tak nampak jer. hahaha

bila dapat kertas tu baca then ketawa tertahan-tahan macam tahan kentut takot terkuat gelak. kemudian replay note tu then pas kat oe=rang lain pulak. sampai tunggu turn nak baca note tu.

memang tak belajar la 3 jam tu. asyik main ajer!