S E K U T U K U

Sunday, February 7, 2016

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE


Bahan A:
3 biji kuning telur
20gm gula kastor
35gm minyak jagung
60ml susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
15gm tepung jagung/tepung kastard *
55gm tepung gandum*
1 sudu kecil serbuk penaik*

Bahan B:
3 biji telur putih
30gm gula kastor
½ sudu kecil cream of tartar

Bahan C:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega






1.      Panaskan oven suhu 170C. ayak bahan bertanda * dan ketepikan.
2.      Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor. Pukul hingga berkrim.
3.      Masukkan esen vanilla, susu segar dan minyak jagung. Kacau sebati.
4.      Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.
5.      Pukul bahan B hingga bertanduk atau meringue tidak jatuh bila bekas diterbalikkan.
6.      Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik hingga rata.
7.      Masukkan ke dalam cup ¾ penuh. Bakar selama 20 minit atau hingga masak permukaan kuning keemasan. Pusing loyang setiap 10 minit untuk masak yang sekata.

8.      Penyedian krim kastard. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak hingga pekat. Bila sudah sejuk, paipkan ke dalam cupcake menggunakan nozel.



Friday, January 1, 2016

2016

.
.
.
Another year gone,
Another year ahead,
Be prepared,
Be confident,
Grab opportunities,
With dua', pray, and remember The One,
Insyaallah everything gonna be just fine,
Open your eyes and smile beautifully.
.
.
.

Psst.. miracle do exist. Believe in yourself. =)

Thursday, December 31, 2015

Wondertreats


Assalamualaikum.

Tertubuhnya Wondertreats adalah pada awal bulan Jun 2014. Asalnya hanya untuk suka-suka. Tetapi mendapat sambutan di kalangan rakan-rakan bila saya memuat naik gambar masakan saya ke laman Facebook. Alhamdulilah. Syukur.

Pada awalnya hanya Congo Bars. Kemudian bertambah dengan pelbagai juadah lain termasuk Puding Roti, Kek Coklat, Kek Baldu Merah, Biskut Chip Coklat, Kek Chifon dan banyak lagi. Business kecilan saya bertahan sehingga bulan Februari 2015 kerana saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana. Aktiviti Wondertreats terpaksa terhenti buat seketika waktu. Namun, pabila cuti semester bermula maka bermula lah business Wondertreats.

Dengan harapan agar Wondertreats terus mendapat perhatian pada masa akan datang. Bukan senang nak senang. Usaha, tawakal, ikhlas.



Wednesday, December 30, 2015

Congo Bars

Assalamualaikum. Hi.

Hampir setahun rasanya tak update blog ni. Kadang-kadang lupa kewujudan blog ni. Blog ni pon dah 6 tahun. Buat masa diploma kat UiTM Machang, Kelantan. Disebabkan kekangan masa yang amat sangat. Blog ni terbiar.

Terdetik hati untuk tengok blog ni. Kena buat perubahan sikit ni kat blog ni. lapuk sangat. hahaha. Saya sekarang sedang menyambung pengajian di peringat Master di UiTM Puncak Perdana. Itu salah satu faktor kekurangan masa dalam dunia maya. Dalam pada itu, saya juga ada membuat business kecil-kecilan untuk tampung belanja harian di universiti.

This is one of the treats that is available. My signature. Ini kuih pertama saya dalam dunia perniagaan. Alhamdulillah sambutan sangat meriah untuk kuih ini. Rezeki saya makin bertambah hanya menjual kuih ini sehingga mampu membiayai yuran pengajian untuk semester satu. Resepi congo bars saya akan update pada masa akan datang. Sebab ramai yang tanya resepi ni, Jadi saya akan tulis resepi-resepi kuih yang saya jual kat sini. Enjoy!