S E K U T U K U

Thursday, December 31, 2015

Wondertreats


Assalamualaikum.

Tertubuhnya Wondertreats adalah pada awal bulan Jun 2014. Asalnya hanya untuk suka-suka. Tetapi mendapat sambutan di kalangan rakan-rakan bila saya memuat naik gambar masakan saya ke laman Facebook. Alhamdulilah. Syukur.

Pada awalnya hanya Congo Bars. Kemudian bertambah dengan pelbagai juadah lain termasuk Puding Roti, Kek Coklat, Kek Baldu Merah, Biskut Chip Coklat, Kek Chifon dan banyak lagi. Business kecilan saya bertahan sehingga bulan Februari 2015 kerana saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana. Aktiviti Wondertreats terpaksa terhenti buat seketika waktu. Namun, pabila cuti semester bermula maka bermula lah business Wondertreats.

Dengan harapan agar Wondertreats terus mendapat perhatian pada masa akan datang. Bukan senang nak senang. Usaha, tawakal, ikhlas.



No comments:

Post a Comment